19 research outputs found

    Legasi intelektual al-Tabari dan Ibn Kamil dalam Tajarib al-Umam Karya Miskawayh

    Get PDF
    Makalah ini menilai legasi intelektual al-Tabari dan peranan Ibn Kamil dalam pembentukan epistemologi (teori ilmu) historiografi Miskawayh dalam karyanya, Tajarib al-Umam. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan bagaimana Miskawayh menggunakan pendekatan maraji‘ bagi merangka penulisan bahagian sejarah universal yang bermula dari skop sejarah Parsi pra-Islam sehingga peristiwa sejarah tahun 339 Hijrah dalam Tajarib al-Umam. Artikel ini mengaplikasi metode analisis dokumen berasaskan kandungan teks Tajarib al-Umam. Analisis mendapati wujuda tiga aspek yang signifikan. Pertama, maklumat sejarah dalam bahagian sejarah universal Tajarib al-Umam didominasi dan diperoleh daripada kitab Tarikh al-Rusul wa al-Muluk karya al-Tabari melalui perantaraan Ibn Kamil. Kedua, Miskawayh memperoleh maklumat sejarah daripada Ibn Kamil menggunakan metode maraji‘. Ketiga, wujud peranan Ibn Kamil sebagai guru sejarah yang memberikan ijazah kepada Miskawayh bagi menyusun dan menulis Tajarib al-Umam

    Miskawayh’s philosophy of history in the light of Tajarib al-Umam

    Get PDF
    This writing seeks to discuss and interpret Miskawayh’s philosophy of history as may be perceived in the section on contemporary history of the Tajarib al-Umam that tell the history of Buyid era in his work. As a historian of medieval Islam, Miskawayh did not clearly expound his philosophy of history in the works of Tajarib al-Umam. Employing textual interpretation and analysis method comprehensively and partially, this writing seeks to construct Miskawayh’s philosophy of history in the light of Tajarib al-Umam. The results of this analysis and interpretation show that the section on Miskawayh’s contemporary history is considered important for the philosophy of history as constructed by Miskawayh. There are three forms of historical development and stages in the section, i.e. formation and stability, weakness and restoration apart from brilliant achievement. These three forms and stages characterise the semi-cyclical concept history in Miskawayh’s philosophy of history. This concept indicates that Miskawayh was among the earlier Muslim historian who pioneered the cyclical form of philosophy of history and he thus preceded other Muslim historians such as Ibn Khaldun

    Perlu promosi perjuangan tegak syiar Islam

    Get PDF
    Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berlangsung minggu ini adalah peluang terbaik kepada kepemimpinan, perwakilan, pemerhati dan pembahas ucapan dasar Presiden serta usul untuk mengetengahkan pencapaian islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia yang diterajui UMNO sejak 59 tahun lalu

    Idea pembaharuan agama Birgivi dalam Al-Tariqah Al-Muhammadiyyah

    Get PDF
    Sosioekonomi Dawlah Uthmaniyyah pada abad ke-16 menyaksikan berlakunya ketidakstabilan dalam sistem kehidupan masyarakat. Birgivi Mehmet Efendi (1573M) merupakan pemikir Uthmaniyyah yang memberi respon kepada perkembangan tersebut melalui idea pembaharuan agama dalam adikaryanya berjudul al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah. Artikel ini bertujuan memerihalkan biografi Birgivi dan menggariskan prinsip asas pembaharuan agama dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Artikel ini menggunakan metode analisis teks dan dokumen untuk memaparkan konteks biografi dan millieu Birgivi serta bagaimana beliau mengartikulasikan pembaharuan agama dalam teks al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Dapatan menunjukkan Birgivi menggagaskan tiga prinsip asas pembaharuan agama dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah iaitu komitmen kepada al-Quran dan al-Sunnah menjauhi bid’ah dan khurafat, serta menjadikan ilmu sebagai kekuatan utama, sebagai jawapan kepada krisis dan kemerosotan sosioekonomi Dawlah Uthmaniyyah. Perspektif pemikiran Birgivi yang berkembang selepas kematiannya menjustifikasikan bahawa idea pembaharuan beliau perlu dipetakan dalam kalangan para pemikir islah dan tajdid di dunia Islam

    Idea sejarah Tanbih dalam historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani

    Get PDF
    Artikel ini menganalisis idea sejarah tanbih dalam kerangka historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani. Syeikh Ahmad adalah seorang sarjana serba boleh dari rantau Nusantara yang menjalani proses pengajian di Timur Tengah. Beliau menghasilkan sebuah adikarya bertajuk Hadiqat al-Azhar yang turut mengandungi falsafah sejarah tentang tanbih atau peringatan. Fokus penulisan ini adalah untuk mencerakinkan falsafah sejarah Syeikh Ahmad dan pengaplikasiannya dalam Hadiqat al-Azhar. Penulisan ini mengaplikasi pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan dan kajian historiografi terhadap Hadiqat al-Azhar sebagai teks kajian. Hasil kajian mendapati idea sejarah tanbih Syeikh Ahmad adalah adaptasi daripada konsep cibrah dalam historiografi Islam. Tujuan dan aplikasi idea sejarah tanbih juga bertujuan untuk mendidik masyarakat Melayu melalui naratif sejarah yang dianggap dekat dengan mereka, bertujuan menyegarkan dan mengingatkan semula mereka terhadap perkara yang sudahpun diketahui. Penggunaan konsep ini juga terangkum melalui penulisan sembilan tema sejarah dalam kitab Hadiqat al-Azhar

    al-Attas’ philosophy of history on the arrival and proliferation of Islam in the Malay world

    Get PDF
    This article examines the philosophy of history of Syed Muhammad Naquib al-Attas on the theory of the arrival and spread of Islam in the Malay world, particularly in his work ‘Historical Facts and Fictions’. This philosophy of history is consequent to al-Attas' critical research contained in his previous works such as ‘Preliminary Statement on a General Theory of The Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago’ (1969), ‘Islam in the Malay History and Culture’ (1972) and ‘The Correct Date of the Terengganu Inscription’ (1972). This study analyses these works and his other works to look into the aspects of history and historiography contained in the philosophy of history of al-Attas on the arrival and spread of Islam in the Malay world in terms of their scope, sources and history methods. This study found that in terms of epistemology al-Attas has contributed in creating a theoretical framework and a novel approach to the philosophy of history of the history of Islam in the Malay world

    Music Therapy in Medicine of Islamic Civilisation

    Get PDF
    Ibn Sina’s (Avicenna) denotes that one of the most effective methods in medical treatment is listening to music, which clearly illustrates the position of music therapy in medical treatment. This chapter discusses four matters: (i) the concept of music therapy as medical treatment, (ii) the function of music therapy as a method of complementary treatment aimed more towards calming and relieving pain, but not as a total cure for the patient, (iii) the hospitals that applied music therapy as treatment, and (iv) the process of applying music therapy in the medical tradition of the Islamic civilisation. Music here includes instrumental music, the sound of singing, adhan (call to prayer), Quranic recitation, as well as sounds of nature, such as of birds singing and of water from a fountain pool. Among the hospitals that applied such therapy was Bimarastan Fez in Morroco, Bimarastan al-Mansuri at Cairo, Egypt, Bimarastan al-Arghuni at Allepo, Syria, Bimarastan Nur al-Din at Damascus City, and Suleymaniye Sifahanesi

    Naquib al-Attas’s Philosophy of History in Islam in Malay History and Culture

    Get PDF
    Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan ahli falsafah sejarah Melayu dan terkenal sebagai ahli pemikir terkemuka moden Islam pada abad ke-21 atas sumbangan beliau terhadap pengkajian sejarah dan kebudayaan Melayu. Beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti ilmu metafizik, teologi, falsafah, sejarah, dan kesusasteraan.Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu, Malayalam, Indonesia, Perancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepun, India, Korea dan Albania seterusnya menjadi rujukan para cendekiawan dari seluruh pelosok dunia. Tumpuan kajian ini adalah kepada salah satu karya al-Attas iaitu Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972). Objektif kajian adalah memahami falsafah sejarah serta epistemologi al-Attas yang terkandung dalam karyaIslam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972). Kajian ini mengaplikasikan metode analisis dokumen dan pendekatan pensejarahan. Hasil kajian mendapati al-Attas mengaplikasikan pandangan alam (worldview) dan epistemologi Islam iaitu berita yang benar dan emfiris-logika dalam karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.Syed Muhammad Naquib al-Attas is a Malay philosopher and well-known as a modernist Islamic thinker in the 21st century for his contribution to the study of Malay history and culture. He has produced many works in various fields such as metaphysical knowledge, theology, philosophy, history, and literature. His works have been translated into other languages such as Arabic, Persian, Turkish, Urdu, Malayalam, Indonesian, French, German, Russian, Bosnian, Japanese, Indian, Korean and Albanian, and then refer to scholars from all corners of the world. The focus of this study was on one of the al-Attas’swork, Islam in Malay History and Culture (1972). The objective of the study was to understand the philosophy of history and the epistemology of al-Attas contained in Islam in Malay History and Culture (1972). This study applies the method of document analysis and the approach of the story. The findings show that al-Attas applies the Islamicworldview and epistemology which is genuine report(khabarsadiq) and empirical method (sensory) in Islam in Malay History and Culture (1972)

    Sumbangan guru pendidikan islam dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan rakan guru di sekolah

    Get PDF
    Guru Pendidikan Islam (GPI) memainkan peranan yang penting dalam penglibatan setiap aktiviti yang dirancang oleh pengurusan sekolah. Guru bukan hanya memberikan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, tetapi perlu bergiat aktif dalam membantu pelajar dan rakan guru. Oleh itu, makalah ini membincangkan sumbangan GPI dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan guru di sekolah. Kajian dilaksanakan secara tinjauan (survey) dan data dikumpulkan menerusi soal selidik dari 60 orang dari keseluruhan 200 GPI di daerah Petaling Utama Selangor. Kajian menunjukkan GPI memberi lima sumbangan yang paling tinggi kepada pelajar dan guru iaitu dari segi minat, sentiasa berjumpa, turut membantu, bekerjasama dan berbincang dengan pelajar dan guru. Justeru, penglibatan GPI dalam amalan bimbingan kaunseling di sekolah perlu diketengahkan dalam membantu kaunselor dan rakan-rakan guru untuk memudahkan pengurusan sekolah. Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar GPI juga mampu memberikan sumbangan kepada bidang kaunseling sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada organisasi sekolah dan bukan sematamata mengharapkan peranan dari pihak kaunselor sahaja dalam pembentukan sahsiah pelajar
    corecore